Jumaat, 16 Disember 2011

semoga aku terus bersyukur....



bismillahirahmanirrahim..

syukur pada Allah, rezeki hujan yang tidak putus-putus di bumi Kelantan yang penuh barakah ini.. mata pun sentiasa layu jea,..hehe..



okey lah.. sekarang hamba nak bercerita sikit tentang perasaan yang sentiasa menghantui diri yang serba kekurangan ini.. hhmm.. perasaan yang kadangkala boleh dikatakan tidak besyukur.. astaghfirullah.. 

apabila mlihat kesenangan yang Allah limpahkan kepada orang lain, hati ini tertanya-tanya.... "mengapa tidak kepada aku?".....

hmmm.. lupakah engkau wahai hamba Allah,,.. Allah itu Maha Adil.. dan Maha Bijaksana.. sebab.. ALLAH BAGI REZEKI YANG BERBEZA TAPI TETAP SAMA...itulah keadilan dan kebijaksanaan Allah..

berbeza betul bentuk keadilan Allah dan keadilan manusia, bukan?

manusia perlukan sesuatu yang totally sama untuk menunjukkan sesuatu keadilan.....
NAMUN Allah adil namun memberikan rezeki yang berbeza bagi setiap hambanya....

macam mana boleh jadi macam tu?

jika Allah berikan kesenangan dari segi kemewahan harta benda kepada seseorang, ada pula ujian buatnya.. dai segi kesihatan, ketenangan jiwa... dan banyak benda lagi Allah bezakan dia dari oang lain..

jika Allah berikan kesempitan wang kpada yang tidak berkemampuan pula, Allah berikan zuriat yang soleh dan solehah pula kepada golongan seperti itu...

hmmm.. jika dikira-kia kembali.. kita manusia, semuanya adalah sama...

pernah hamba terdengar suatu cerita tentang rezeki manusia..

pada suatu hari, malaikat maut datang untuk mencabut nyawa si fulan.. namun malaikat itu pulang semula kerana rezekinya itu belum kehabisan lagi.. 
begitulah rakan-rakan yang merindukan syurga sekalian.. sesungguhnya jangan engkau risaukan rezekimu selagi engkau hidup kerana rezekimu hanya akan kehabisan setelah terpisah roh dari jasad,,..


"sesungguhnya ALLAH itu memberikan apa yang kita PERLU, bukan yang kita MAHU.."


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 ulasan:

Catat Ulasan

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers