Sabtu, 26 Mac 2011

- kenangan MMP =)

hamba masih ingat kenangan berhempas pulas kt skolah hamba yang serba kesederhanaan tu. kenangan paling tak boleh lupa, minum abc + cpt  kt tepi skolah. kt sebelah pasaraya pantai timur. memang paling besh lah. kalau waktu tengah2 ari, kitorang mula menyerang bandar kota bharu, maklumlah, skolah dalam bandar. budak2 skolah hamba memang famous kt KB tu. semua tudung labuh, kan............................. tp nakal2.. isk2.. termasuk hamba =(


inilah kedai mak cik tu.. banyak jenis air mak cik nie jual.. kalau kt bdk2 skolah kitorg, mak cik nie jual rm0.50 je.. maklumlah, kitorng je yang tolong lariskan air2 kt sini.. kadang2, waktu tuisyen pn hamba selalu berkunjung kt kedai mak cik nie, sebab tempat tuisyen hamba area tu jea. paling tak boleh lupa, mak cik tu tak terlayan kami semua yang mengerumuni gerai dia, so,,, mak cik tu suruh kitorg cedok sendiri air yang kitorg nak beli.. rapat sgt ngn mak cik nie,.. kitog pnggil gerai nie "kedai mok" sbb dh rapat sangat dengan mak cik nie.. kalau stresss blajar, datang sini, order CPT, teus hilang stress,,, hihiiii..

cuba tengok CPT + ABC die... fuhh.. tak sabar nak balik KB nie.. nk g kedai mok..
rindu sgt dengan kenangan sekolah....

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

6 pesanan untuk wanita... *_*


sebagai seorang isteri..
1) solat awal waktu.
- seorang isteri mahupun seorang ibu  hendaklah menggalakkan suami dan anak-anak lelaki solat ditempat azan dilaungkan)
2) menghidupkan  ta'lim & ta'lum dirumah
- hendaklah istiqamah & tetapkan waktu.
3) perbanyakkan pembacaan al quraan dan zikir.
4) didik anak ikut sunnah rasulullah (take note yea, ibu2 sekalian..)
5) ajar anak hidup bersederhana.
6) galakkan mahram keluar berjihad dijalan ALLAH.
- kerahkan suami dan anak2 untuk keluar sebar syiar ISLAM.. anak2 itu pelaburan yang paling hebat jika digunakan amanah ALLAH itu sebaik mungkin.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~penyambung rantai perjuangan,..

alhamdulillah,,..
ari nie, hamba dipemudahkan oleh ALLAH untuk menuju ke suatu ceramah dengan sahabat2 hamba yang solehah2 semuanya.. hmm.. banyak pertambahan ilmu untuk usrah dan dakwah..

sapanjang hamba mengikuti pelbagai jemaah yang bergerak sebagai jentera2 dakwah, hamba menilai cara2 mereka semua menyebarkan dakwah.. pelbagai uslub dan wasilah..

jemaah tabligh, IKRAM dan exco2 dakwah dan kerohanian serta pelbagai lagi persatuan yang menyambung kerja rasulullah yang mulia ini.. namun, mereka menuju ke arah objektif yang sama.

masih hamba ingat ketika mengikuti bayan ketika menghadiri nusrah dirumah ahlia habibullah, seorang penyampai bayan telah mengatakan,
                        "kalau ingin berjaya, ikiutilah jejak langkah rasulullah serta para sahabat yang diberi gelaran radhiyallahu 'aanhu yang telah dijanjikan syurga. kita hanya boleh bejaya hanya dengan cara rasulullah. "


               "orang yang berjaya, bukan orang yang berjaya dalam menggapai cita2 dunia serta pangkat yang tinggi, namun orang yang berjaya adalah orang yang berjaya dalam agamanya.."


apa yang hamba menilai, ke semua jemaah mempunyai uslub masing2.. bukan cara setiap jemaah itu pelu dipertikaikan, namun HASILnya pelu untuk dipersoalkan... semoga setiap jemaah mampu meletakkan ISLAM PADA TEMPATNYA kembali.

islam zaman sekarang seperti anak yatim...
~apabila diberikan kepada orang kaya, mereka akan berkata, "saya tak sempat nak amik tau la,.. sibuk dengan kerja yang bertimbun2 nie.."
~apabila diberikan islam itu kepada orang miskin pula, mereka akan berkta, "maaflah, saya pun makan pagi kais pagi, kais petang makan petang.."

jadi, kepada siapa ISLAM perlu diberikan?
K.I.T.A?

astaghfiullah...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Khamis, 24 Mac 2011

10 WASIAT BUMI

berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers