Isnin, 19 Disember 2011

ayat-ayat motivasi daipada Al-quraan buatku..




Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.







Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.



Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1




Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7




Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.









Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45



Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…


Read more: http://arsyadmaster.com/blog/ayat-motivasi-dari-al-quran/#ixzz1h1mYfgCe

~ FF08 ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

** sesungguhnya Allah bersama dengan kita **

bismillahirahmanirrahim..

lebih kurang beberapa hari lagi hamba bakal pulang untuk berjuang.. tambahan pula tahun depan hamba bakal berpraktikal di SK Taman Rakan, Kajang.. semoga Allah permudahkan urusan praktikal hamba,.. amin..
ingin hamba kongsikan satu video yang telah 'menghidupkan' jiwa yang hampir 'mati' ini.. semoga video ini membawa cinta Syuga buat kita bersama..

banyakkan bersyukur dan bersabar, wahai hamba.. (!_!)


~ FF08 ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

..@ anak sepupu saya yang comey @..

bimillahirrahmanirrahim..

tiba-tiba pula tadi hamba tertengok gambar anak sepupu hamba di henfon hamba. Alia @ yaya.. si budak kecil yang berusia 8 bulan.. comey sangat..

yaya tengah buat apa tu?? seronok main dengan bear kak ek..?? yaya nie, sama besar dengan bear kak laa.. hehe..

bulatnya mata yaya..

aik.. dah boring main atas katil kak?



owh.. yaya nak tidur rupa nya..

syok nya yaya tidur.. samapai tak sedar kak ambil gambar..

selamat malam yaya.. semoga cepat besar dan makin comey..


~ FF08 ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

^^ sandal BATA saya ^^

bismillahirrahmanirahim..


sejuk sungguh pagi ini.. 6:55 AM..
waktu yang tertera kat laptop hamba yang makin dewasa usianya..
semalam hamba beli sandal baru.. keluar dengan jejaka idaman melaya lah.. abang hamba.. merempit la.. apa lagi.. dengan baby boy@ motor LC abe.. kitorang pergi kdai kasut Bata kat kota bharu.. maklumlah,.. Bata kan tengah sale sekarang tapi harga masih biasa2 jea.. tapi okey lah.. mula-mula masuk kedai tu, hamba dah doa awal2 semoga hamba temui sandal yang hamba tengok dekat Bata Tesco hari tu.. tapi, lain yang dirancang, lain pula yang jadi..hehehee.. masih banyak kasut kat situ.. hamba begitu minat kasut warna putih, namun pakaian hamba sentiasa berwarna gelap jika hamba keluar umah, mungkin tidak sesuai jika dipakai dengan sandal bewarna putih.. jadi hamba biakan sandal putih tu..hhmm..






nak kata berkenan tu.. hmm.. boleh la,.. tapi takda lah sangat.. biasa2 jea.. tapi sandal tu bersesuaian lah dengan pakaian hamba nie.. sebenarnya teringin sekali hamba membeli sandal yang high heel tu.. namun sekali hamba pandang... tak pe lah.. mungkin ini rezeki orang lain.. jiwa remaja masih ada tapi masih terkawal, alhamdulillah.. semoga nafsu dan jiwa remaja ini sentiasa diberi rahmat dalam jagaan Allah..


~ FF08 ~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

;; bicara hati ;;

bismillahirahmanirrahim...

sesungguhnya hati ini meindui seseorang..
namun dia tiada lagi di sisi..
=(

apabila kita gembira, ramai yang mengelilingi kita dan bersama untuk menghiburkan kita.. namun di sebalik gelak ketawa itu.. ada hati yang sedang menangis..


ya Allah.. ambil lah hati ini.. gembirakan dia,.. yea,..??


kadangkala aku biarkan hati ini selalu menangis agar aku merasai kemanisan saat aku mampu tersenyum..=)



kalau mek masih ada, mesti masa-masa nie kak duk borak2 dengan mek,kan? 

aku kehilangan orang yang aku sayang.. aku cuba kongsikan perasaan ini dengan insan lain namun.. mereka hanya memahami buat seketika sahaja,.. kemudian aku terus menyendiri.. Allah banyak ajar aku untuk berdikari.. aku hanya mampu bemonolog dengan diri sendiri.. 

ya Allah, KAU berikanlah jodoh yang paling istemewa buat hatiku yang kekosongan ini agar terisi kasih sayang yang aku telah 'hilang'...
semoga kita bertemu di Syurga yea, mek..

hope my first drop of tear is the right one.. hope so........

"yang penting,aku masih ada Allah.."





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sabtu, 17 Disember 2011

* bintang-bintang di sebalik hujan....*

bismillahirrahmanirrahim...

malam ini begitu indah.. bintang.. bulan.. segala-galanya menceritakan tentang Allah.. pandang mana-mana pun, mesti nampak Allah...

sepanjang kehidupan hamba ini, ya Allah.. pelbagai ujian buat hamba... dari hamba kcil hingga saat dan ketika ini.. setelah hamba menembusi fantasi dan menemui realiti, rupa-rupanya ujian adalah bagaikan bintang-bintang di malam hari yang tidak terlihat dek hujan yang amat lebat....

ya Allah.. semoga, bintang-bintang yang indah lagi bersinar menerangi hidupku selepas nie...

sesungguhnya ya Allah.. tiada siapa yang mampu menggantikan tempat-Mu dihati nie..
setiap saat hati ini berbisik-bisik bertanyakan khaba-Mu dihatiku....

ya Allah..
kadangkala aku kepenatan menunggu bintang-bintang itu,..
namun,,..
aku pasti janji-Mu buat ku ini....



ya Allah...
penat aku menakung titisan hujan yang makin lebat ini..
jangan biarkan bah yang bakal menantiku..

ya Allah...
air mata ini bukan untuk hujan..
tapi..
hanya buat bintang yang telah lama aku tunggu...
kebasahan di dalam hujan yang makin rancak..
bagaikan melodi yang mengalunkan suasanaku..



ya Allah...
peluk lah aku dengan rahmat-Mu..
payungilah aku dengan kasih sayang-Mu..


terima kasih Allah kerana sentiasa dihatiku...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

- petang ini...-

petang tadi, sebelum maghrib, kak tengok ayoh turun dari rumah..
"abe, ayoh pegi mana?"
"entah la kak.. kt rumah pok cha kot.."

kak cepat2 sarung selipar.. nak join sekaki.. hehe..
sebab jarang lepak2 dengan ayoh macam mek ada dulu............. suatu ketika dahulu, mek..... hhmmm..!!

alif pulak rancak jea main bola dengan abang-abang dia.. seronok kalau kak ada adik beradik yang sama-sama main dengan kak petang nie, mek.. kak rasa bosan sangat.. tapi alhamdulillah nabila ada,.. ada jugak teman kak..


alif dengan abang-abangnya... di waktu maghrib..


di waktu senja.. depan rumah mek dan ayoh.. jugak depan rumah pok cha..

mesra betul mereka walaupun semuanya lelaki dan seorang perempuan.. semoga sentiasa dalam jagaan dan rahmat ALLAH..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

-bosan-

bismillahirrahmanirrahim..

huh!
begitu sekali dengusannya yea? hmmm..
betapa boringnya cuti nie.. alhamdulillah masih ada blog yang masih setia menemani..

sejak mek dah tak da, sunyi jea rasa hati.. dah tak da tempat kak nak bercerita.. kak nak gurau2.. hmm.. ayoh pun jarang nak cakap2.. kak betul2 rasa subyi, mek.... dulu dengar jea suaa mek duk mengaji kat sebelah bilik kak.. kadang-kadang, kak teman mek mengaji.. mek nie memang betul2 ahli quraan,kan..?? kak bangga dengan mek.. i'Allah kak pun nak jadi macam mek..

hari-hari kak masak benda sama jea.. kak tak tahu nak masak apa untuk ayoh,... kak tak tahu selera ayoh.. patut lah mek pesan suruh jaga makan ayoh.. memang ayoh betul2 susah makan,mek,...

mek..
kat rumah nie kak duk sorang-sorang jea..
ayoh sibuk dengan aktiviti masjid,,.. abe dengan kawan-kawan dia.. kak...?? kak bosan sangat-sangat..
mek... kak indu nak borak -borak dengan mek.. rumah nie jadi sepi sangat.. orang lain tak faham kak.. mek jea yang faham kak walaupun mek sokmo marah kak.. tapi saat2 akhir mek, mek baik sangat dengan kak.. mungkin marah mek kat kak sokmo2 tu, penuh dengan kasih sayang,kan?

kak tak tahu nak buat apa kat rumah nie.. kadang-kadang kak gi jalan-jalan rumah cik nin kat sebelah,.. main dengan nabila.. farhan.. alif.. budak-budak tu hepi jea.. kak jea yang boring.. pernah kak turun rumah petang-petang tengok diorang main.. seronok sangat.. kak rasa nak kembali ke alam kak masih kecil dulu..

masa kecil2 dulu.. kak sokmo kayuh basikal yang ayoh beli tu.. mek pulak duk tengok pokok-pokok bunga mek yang makin tumbuh dengan giatnya..hehehe.. ayoh macam biasalah.. sapu daun-daun kering, lepas tu buat pembakaran terbuka pulak.. ayoh.. ayoh.. tapi kan.. kak suka main masak-masak kat tepi tempat ayoh bakar sampah tu.. hidup kak hanya bersama ayoh, mek dan abe... abe pulak.. gi jalan-jalan dengan kawan.. kawan kak hanya kak nik kat sebelah rumah nie jea.. kadang-kadang kak berbual kt tepi pagar umah dia jea.. seronok tengok dia.. dia ada umie dan papa dia.. tak pa.. kak ada ayoh dan mek,kan?

kak gembira sangat bila tahu ayoh belikan kak basikal.. kak basuh sokmo basikal kak.. suka sangat.. kak gi sekolah awal pagi.. maklumlah.. takut traffic jam... naik basikal pun risau pasal traffic,kan? (,")

itu cerita kak masa sekolah rendah, mek....

sekaang kak dah belajar dekat maktab dah mek.. umur kak pun dah 21 tahun dah.. dah boleh mengundi dah.. =)

kak selalu doakan semoga ayoh dan mek dapat tengok kak dapat segulung ijazah masa kak graduate nanti.. tapi.. Allah rancang yang terbaik untuk kak, kak tahu, mek...

sekarang nie, kak tengah menaip isi hati kak kat depan beranda rumah mek dan ayoh nie.. tengok alif baru turun rumah,, nak main bola dengan abang2 dia lah tu...

mek,.,........
seminggu dua nie kak rasa sunyi sangat..
kak rasa nak pergi kubur mek hari-hari..... kak nak borak-borak dengan mek...


mek....
kak ingat pesan mek masa kak umur 18 tahun hari tu..
masa tu, kita tengah makan malam.. kak dengan mek jah..
mek pesan......................................
"bila nak cari suami, cari yang beriman.. yang ada agama.."
lepas tu kak gelak kuat-kuat.. kak rasa kak masih muda untuk denga semua tu... tapi... sekarang baru kak sedar kak nak denga sangat benda-benda macam tu sekarang.. kak nak orang ajar kak tentang rumah tangga.. mungkin kak dah bersedia untuk semua tu.. sekadar persediaan.. ilmu penting untuk benda-benda macam nie, kan mek?
untuk dapatkan semua tu, mek dah doakan kak,kan?

angin sepoi-sepoi bahasa petang ni membuatkan jari jemari kak rancak menaip setiap butir huruf dekat keyboard nie.. kak tak tahu apa yang kak rasa sekarang.. kak rasa mcam 'kosong' sangat.. sesungguhnya apa sahaja yang Allah kirimkan untuk kak adalah anugerah,...kan mek? RINDU MEK SANGAT..

hmm.. dah lewat petang, mek.. ayoh tak balik-balik lagi.. pok cha pulak.. rajin betul duk sapu sampah kat laman depan rumah ayoh nie.. hehehee.. bagus betul pok cha nie..
malam nie, umie mari, mek.. pok sumat pulak.. hari-hari gi lubok jong.. kat rumah banglo mewah dia tu..
alhamdulillah, semua anak mek barjaya,kan... kak harap kak pun macam tu, mek..

lebih kurang dua minggu lagi kak akan balik selangor balik.. ayoh akan teruskan kehidupan dengan abe macam biasa.. kak harap Allah sentiasa jaga ayoh...

mek...
kak tak tahu apa yang bakal kak hadapi bila ayoh pulak yang tiba masa untuk tinggalkan kak...

ayoh,... ayoh jangan tinggal kak lagi sampai kak ada keluarga sendiri yea.. biar ada orang sokong kak dari belakang.. kak tak kuat, ayoh..

salam rindu & penuh kasih sayang buat ayoh dan mek...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jumaat, 16 Disember 2011

KONSEP PERTUNANGAN


“MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.”




Firman Allah di dalam surah Al-Furqan:
وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
(74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



Syarat Pertama: Perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.
Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam.
Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.”
Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.
Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.

Syarat Kedua: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain.

Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
Sesungguhnya seperti mana perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang.
Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.
Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu sebenarnya di atas kehendak keluarga.
Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan pertunangan.
Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.
Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki.
Perempuan telah bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.
Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Syarat Ketiga: Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah.

Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.
Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.
Perkara ini ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).
Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.
Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.
Amalan ‘cinta buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.
Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu.

Syarat Keempat: 

Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.

Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).
Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.
Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.
Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya.
Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran.
Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang.
Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan.
Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.
Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud:“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.” 



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

semoga aku terus bersyukur....



bismillahirahmanirrahim..

syukur pada Allah, rezeki hujan yang tidak putus-putus di bumi Kelantan yang penuh barakah ini.. mata pun sentiasa layu jea,..hehe..



okey lah.. sekarang hamba nak bercerita sikit tentang perasaan yang sentiasa menghantui diri yang serba kekurangan ini.. hhmm.. perasaan yang kadangkala boleh dikatakan tidak besyukur.. astaghfirullah.. 

apabila mlihat kesenangan yang Allah limpahkan kepada orang lain, hati ini tertanya-tanya.... "mengapa tidak kepada aku?".....

hmmm.. lupakah engkau wahai hamba Allah,,.. Allah itu Maha Adil.. dan Maha Bijaksana.. sebab.. ALLAH BAGI REZEKI YANG BERBEZA TAPI TETAP SAMA...itulah keadilan dan kebijaksanaan Allah..

berbeza betul bentuk keadilan Allah dan keadilan manusia, bukan?

manusia perlukan sesuatu yang totally sama untuk menunjukkan sesuatu keadilan.....
NAMUN Allah adil namun memberikan rezeki yang berbeza bagi setiap hambanya....

macam mana boleh jadi macam tu?

jika Allah berikan kesenangan dari segi kemewahan harta benda kepada seseorang, ada pula ujian buatnya.. dai segi kesihatan, ketenangan jiwa... dan banyak benda lagi Allah bezakan dia dari oang lain..

jika Allah berikan kesempitan wang kpada yang tidak berkemampuan pula, Allah berikan zuriat yang soleh dan solehah pula kepada golongan seperti itu...

hmmm.. jika dikira-kia kembali.. kita manusia, semuanya adalah sama...

pernah hamba terdengar suatu cerita tentang rezeki manusia..

pada suatu hari, malaikat maut datang untuk mencabut nyawa si fulan.. namun malaikat itu pulang semula kerana rezekinya itu belum kehabisan lagi.. 
begitulah rakan-rakan yang merindukan syurga sekalian.. sesungguhnya jangan engkau risaukan rezekimu selagi engkau hidup kerana rezekimu hanya akan kehabisan setelah terpisah roh dari jasad,,..


"sesungguhnya ALLAH itu memberikan apa yang kita PERLU, bukan yang kita MAHU.."


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Khamis, 15 Disember 2011


Bismillahirahmanirrahim…
Alhamdulillah,syukur kepada Allah.. hamba  masih di dalam nikmat iman dan islam..


Ini sekolah memandu saya.. (‘,’)

Tiba-tiba pula hamba teringat kisah hamba ketika mengambil keputusan untuk membuat lessen memmandu dengan jiran hamba iaitu seorang tenaga pengajar di salah satu tempat belajar memaandu iaitu Lamar Bakti yang beroperasi berhampiran daerah Pasir Mas, Kelantan.

Banyak dugaan yang hamba terpaksa tempuhi sepanjang belajar memadu kerana tenaga pengajar hamba adalah seorang lelaki. Kadangkala hamba biarkan sahaja apa yang cikgu Z borakkan dan bagi respon yang tidak sepatutnya.. hamba rasa sedih dan rimas. Terfikir pula hamba mengapa hamba tidak memikirkan dahulu perkara ini dengan lebih mendalam. Sepatutnya hamba harus memilih tenaga pengajar perempuan agar tiada sebarang fitnah mahupun masalah akan timbul memandangkan hamba berpurdah.

Kadangkala rasa cemburu terbit di hati ini apabila melihat orang lain mendapat tenaga pengajar perempuan… hmmm… namun sukar untuk mencari tenaga pengajar perempuan sekarang.,.. nasihat hamba buat wanita solehah di luar sana, jika masih mampu untuk mencari tenaga pengajar perempuan, ikhtiar sebaik mungkin.. doa lah.. insyaallah, Allah tolong.. hamba harap pengalaman hamba belajar memandu dengan cikgu lelaki tidak dialami oleh wanita solehah yang lain. =) AMIN..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Rabu, 14 Disember 2011

PERASAAN ITU...


bismillahirrahmanirrahim..



alhamdulillah.. atas segala zat Allah taala.. hamba kini kian melangkah laju kembali menuju cinta-Nya kembali setelah hampir lumpuh kesalahan-kesalahan hamba..

seronok sangat dapat pergi solat jemaah kt masjid tadi,, masjid kg sireh, tidak asing lagi bagi daerah kota bharu.,

tiba-tiba tadi, perasaan terasa amat bosan.. teringin nak jalan-jalan.. jarang sangat keluar rumah sepanjang cuti nie.. abang hamba ajak solat jemaah dekat sana, alhmadulillah,, hamba tepilih untuk solat di sana.. tiba-tiba pulak teringak dekat masjid maktab,.. di sana hamba temui 'cinta' hamba.. cinta yang tiada akhirnya..

bila berada kat dalam masjid, tenang sangat. patut laa orang akan cari masjid bila ada masalah.. betul tak? ketenangan yang tak sama dengan ketenangan bila berada di tempat lain.. 

subhanallah,,..

cinta Allah tak pernah lengang dai kita.. sesungguhnya cinta Allah kepada kita sangat dekat... 

setiap nafas....

degupan jantung...

tangan dan kaki yang melangkah dan bergerak..

mata yang mampu untuk melihat...

jika masih bertanya tentang bukti cinta Allah,.. inilah jawapannya...

Allah sayang sangat kat kita.. tapi kita?



" kalau kita nak tahu nilai cinta Allah kepada kita , kita kena lihat Nilai cinta kita kepada Allah dahulu... "

hmmm... astaghfirullah....

ya Allah... semoga kami sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang-Mu..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers