Khamis, 21 April 2011

-terima kasih, abah... kak suka sangat.. bersyukur sangat.. -

Abah,
Masa kecik2 dlu, kak cemburu ngn nama-nama kawan kak.. semua cantik2.. ain qistina.. anis athirah.. zati balqis..cantik kan nama-nama tu? Nama kak hanya tujuh huruf jea.. hmm… tapi kan bah..,, bila kak makin dewasa dan matang,.. ALLAH tunjukkan kak banyak keistimewaan nama kak nie.. bila kak baca banyak pasal kisah puteri rasulullah nie.,, subhanallah.. mampukah kak menjadi sepertinya?
Umie kata, ada konflik yang berlaku masa nak letak nama kak yea bah? Umie nak letak nama laen.. tp cantik gak nama tu.. RABIATUL ADAWIYAH.. mungkin umie nak kak jadi cam wali ALLAH tu,kot.. tak pe mie,.. ALLAH bagi yang lebih baik.. terima kasih, abah.. cantik dan mulia nama tu.. kak s.u.k.a.. =)
Jom kenali puteri kesayangan rasulullah..

FATIMAH AZ-ZAHRA - PEMIMPIN WANITA DI SYURGA
Fatimah al-Zahra (ucapan Alaiha Salam sila rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546) adalah puteri kepada Rasulullah SAW. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah SAW yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bondanya Khadijah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl.42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm.157].

Fatimah mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A'immah dan Umma Abiha [Bihar al-Anwar' Juzuk 43, hlm.16]

Rasulullah SAW menggelarkannya Fatimah sebagai "Ummu Abiha" bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fatimah sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa [Bihar al-Anwar, Juzuk 43, hlmn.16]

Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadil Akhir di Mekah iaitu pada Hari Juma'at, tahun kelima selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW [Manaqib Ibn Shahrashub, (Najaf), Juzuk 3, hlm.132; al-Kulaini, al-Kafi; Misbah al-Kaf'ami; Syeikh al-Mufid, Iqbal al-Amal]. Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayahanda dan ibundanya iaitu Rasulullah SAW dan Khadijah al-Kubra. Beliau wafat pada tahun ke-11 hijrah iaitu selepas enam bulan kewafatan ayahandanya Rasulullah SAW [al-Bukhari, Sahih, Juzuk 5, Hadith 546]

Kelahiran Fatimah amat menggembirakan Rasulullah SAW. Beliau SAW bersabda tentang Fatimah: " Dia adalah daripadaku dan aku mencium bau syurga dari kehadirannya." [Kasyf al-Qummah, Juzuk 2, hlm.24].

Mengapa diberikan nama Fatimah? Menurut Imam Ali al-Ridha AS nama "Fatimah" diberikan oleh Rasulullah SAW kerana Fatimah dan para pengikutnya terpelihara dari api neraka. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata: " Rasulullah SAW bersabda kepada Ali AS: Tahukah kamu nama mengapa nama Fatimah diberikan kepadanya? Ali menjawab: Mengapa dia diberikan nama itu? Dia (Rasulullah SAW) bersabda: Kerana dia dan shiahnya akan dipelihara dari api neraka."

Ketika masih berumur dua tahun Fatimah turut bersama-sama ayahanda dan bondanya di perkampungan Shi'bi Abi Talib kerana diboikot oleh masyarakat Mekah. Kemudian pada tahun ke sepuluh kerasulan, bondanya Khadijah pula meninggal dunia. Peristiwa ini menjadikan Fatimah banyak bergantung hidup kepada ayahandanya, Rasulullah SAW.

Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Fatimah bersama-sama dengan rombongannya iaitu Fatimah binti Asad bin Hashim iaitu ibu kepada Imam Ali AS, Fatimah binti al-Zubair bin Abdul Muttalib, Fatimah binti Hamzah, dan juga Ayman dan Abu Waqid al-Laithi berhijrah ke Madinah. Rasulullah SAW telah sampai dahulu di Quba, Madinah. Sebelum meninggalkan Mekah Rasulullah SAW telah mengarahkan Ali bin Abi Talib supaya menyusul bersama keluarganya kemudian. Justeru, rombongan hijrah tersebut diketuai oleh Ali bin Abi Talib AS.

Keperibadian Fatimah al-Zahra AH
Fatimah termasuk dalam Ahlul Bayt Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Tathir dalam surah al-Ahzab: 33 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa) ,wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya."

Dalam ayat di atas, Fatimah adalah salah seorang daripada Ahlul Bayt Rasulullah SAW dan Allah SWT telah menyucikan Fatimah dari sebarang dosa-dosa, bermakna Fatimah adalah seorang yang maksum. [Sila baca
 Riwayat hadith al-Kisa]

Fatimah az-Zahra mempunyai sifat-sifat kemuliaan yang dinyatakan dalam al-Qur'an. Ulama ahli sunnah dan syi'ah bersetuju bahawa ayat al-Qur'an surah Al-Insaan (76);8-9 ditujukan kepada keluarga Fatimah iaitu yang bermaksud: " Dan mereka memberikan makanan yang disukai kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberikan makanan kepada kamu hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tidaklah kami mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak juga (ucapan) terima kasih."

Ayat di atas mengisahkan Hasan dan Husain AS sedang dalam keadaan sakit. Rasulullah SAW dengan beberapa orang sahabat menziarahi mereka. Rasulullah SAW mencadangkan kepada Ali AS bernazar kepada Allah SWT bahawa dia dan keluarganya akan berpuasa selama tiga hari apabila anak mereka sembuh dari penyakit tersebut. Ali, Fatimah, dan pembantu mereka, Fizzah bernazar kepada Allah SWT. Apabila Hasan dan Husain AS sembuh, mereka pun berpuasa. Pada waktu berbuka datang seorang pengemis meminta makanan kepada mereka. Pada hari itu mereka hanya berbuka dengan sahaja. Keesokan hari ini datang seorang anak yatim meminta makanan daripada mereka pada waktu berbuka dan sekali lagi mereka hanya berbuka dengan air sahaja. Pada hari ketiga, datang pula seorang tawanan perang meminta makanan. Selepas memberikan makanan, Ali membawa anak-anaknya ke rumah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berasa sedih melihat keadaan cucunya itu. Ali AS membawa Rasulullah SAW ke rumah mereka. Sampai di sana Rasulullah SAW melihat Fatimah sedang berdoa dengan keadaan yang amat lemah. Rasulullah SAW berasa amat sedih. Turun malaikat Jibril berkata kepada beliau SAW," Wahai Muhammad ambillah dia (Fatimah). Allah memberikan tahniah pada Ahl Bayt kamu." Lalu Jibril membacakan ayat tersebut. [Al-Hakim al-Haskani, Shawahid al-Tanzil, jld.II, hlm.298; al-Alusi, Ruh al-Ma'ani, jld.XXIX, hlm.157; Fakhur al-Razi, Jild.XIII, hlm.395]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah." [a-Bukhari, Jilid II, hlm.185]

Imam Ali al-Redha AS berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Hasan AS dan Husain AS adalah makhluk yang terbaik di dunia selepasku dan selepas bapa mereka (Ali AS) dan ibu mereka (Fatimah) adalah wanita yang terbaik di kalangan semua wanita."[Bihar, Jilid 43, hlm. 19 dan 20]

Dari Imam Ali AS dari Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah bermaksud: " Sesungguhnnya Allah marah kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu." [Mustadrak al-sohihain, juzuk 3, hlm152]

Dari Aisyah berkata bahawa: " Tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih benar dalam berhujah daripadanya melainkan ayahnya (Rasulullah SAW)." [Mustadrak al-Sohihain, Juzuk 3, hlm.160]

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ".....Tidakkah engkau redha (wahai Fatimah) bahawa engkau adalah saidati-nisa fil-Jannah(pemimpin wanita di syurga) atau pemimpin wanita seluruh alam..." [Sahih Bukhari, Jld. IV, hadith 819]

Dalam hadith yang lain al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah sebuah hadith yang panjang dan di sini dinyatakan sebahagiannya: "....Wahai Fatimah! Tidakkah engkau redha bahawa engkau adalah saidati-nisa il-mu'minin (pemimpin wanita mu'minin) atau saidanti-nisa-i hadzhihi il-ummah (pemimpin wanita umat ini)?"[Al-Bukhari, Jilid 8, hadith 301]

Al-Bukhari meriwayatkan hadith dari Imam Ali AS bahawa pada suatu ketika Fatimah mengadu tentang kesusahannya mengisar tepung. Apabila beliau mendengar berita ada beberapa orang hamba dari rampasan perang telah dibawa kepada Rasulullah SAW, beliau lalu pergi (ke rumah Rasulullah SAW) untuk menemui baginda SAW bagi mendapatkan pembantu tersebut, tetapi pada ketika itu (Rasulullah SAW tidak ada di rumah) Aisyah tidak dapat mencari baginda SAW. Lalu Fatimah menceritakan hasratnya kepada Aisyah. Apabila Rasulullah SAW pulang, Aisyah menyatakan kepadanya perkara tersebut. Rasulullah SAW kemudian pergi ke rumah kami....Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah Allahu Akbar 34 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Subhan Allah 33 kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohonkan."[ Al-Bukhari, Jld. VI, hadith 344]

Amru bin Dinar meriwayatkan dari Aisyah berkata: " Tidak pernah aku melihat seseorang pun yang lebih benar daripada Fatimah salamullah 'alaiha selain daripada ayahnya."[Hilyatul-awliya, Juzuk 2, hlm. 41]

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada malam aku diangkat ke langit (mi'raj), aku melihat di pintu syurga tertulis bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Allah mengasihiku, dan Hasan, dan Husain sofwatullah (sari yang terbaik dari Allah) , Fatimah Khiratullah (sesuatu yang terbaik dari pilihan Allah), laknatullah ke atas mereka yang membenci mereka."[Tarikh al-Baghdadi, Juzuk 1, hlm. 259]

Fatimah al-Zahra mempunyai sifat-sifat berikut seperti ayahnya dan suaminya serta anggota keluarganya :(1) menemukan jalan yang benar (ihtida') (2) mentaati prinsip-prinsip Islam (iqtida'), dan (3) berpegang teguh serta menyakini kewajipan-kewajipannya (tamassuk)." [ Nasa'i dalam Khashais Alawiyyah]

Kezuhudan Fatimah az-Zahra
Imam Hasan AS meriwayatkan: "Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada ibuku. Ia selalu melakukan solat dengan begitu lama sehingga kakinya menjadi bengkak." Imam Hasan AS juga meriwayatkan: " Aku melihat ibuku, Fatimah berdiri solat pada malam Jumaat. Beliau meneruskan solatnya dengan rukuk dan sujud sehingga subuh. Aku mendengar beliau berdoa untuk kaum mu'minin dan mu'minah dengan menyebut nama-nama mereka. Beliau berdoa untuk mereka semua tetapi beliau tidak berdoa untuk dirinya sendiri. "Ibu," Aku bertanya kepada beliau. "Mengapa ibu tidak berdoa untuk diri sendiri sebagaimana ibu berdoa untuk orang lain?" Beliau menjawab," Anakku, (berdoalah) untuk jiran-jiranmu diutamakan dan kemudian barulah dirimu sendiri." [Bihar al-Anwar, Jilid 43, hlm.81-82; Abu Muhammad Ordooni, Fatimah The Gracious, hlm.168-169;Sayyid Abdul Razak Kammoonah Husseini, Al-Nafahat al-Qudsiyyah fi al-Anwar al-Fatimiyyah, Juzuk 13, hlm.45]

Asma' binti Umays meriwayatkan: "Pada suatu ketika aku sedang duduk-duduk bersama Fatimah apabila Nabi SAW datang. Beliau SAW melihat Fatimah memakai rantai di lehernya yang telah diberikan oleh Ali bin Abi Talib AS dari bahagiannya yang diambil daripada harta rampasan perang." Anakku", beliau SAW berkata, " Janganlah tertipu dengan apa yang orang katakan. Anda adalah Fatimah puteri Muhammad, anda memakai barang perhiasan (yang menjadi kesukaan) orang-orang yang bongkak." Beliau serta-merta melucutkan rantainya pada ketika itu juga dan menjualnya. Dengan wang dari jualan tersebut, beliau membeli dan kemudian membebaskan seorang hamba lelaki. Apabila Rasulullah SAW mendengar apa yang beliau lakukan, beliau SAW berasa gembira dan mendoakan rahmat kepada Imam Ali AS. [Al-Hakim, Al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 152; Bihar al-Anwar, Jilid 43, hlm.81]

Karamah Fatimah az-Zahra
Abu Sai'd al-Khudri berkata: "Pada suatu hari Ali AS berkata bahawa beliau AS berasa amat lapar. Beliau AS kemudian meminta Fatimah menyediakan makanan. Fatimah bersumpah bahawa tidak ada makanan yang tinggal untuk menghilangkan kelaparan Ali AS. Imam Ali AS bertanya mengapa Fatimah tidak memberitahukan kepadanya bahawa di rumah mereka sudah tidak ada makanan lagi. Fatimah menyatakan bahawa dia berasa malu untuk menyatakan perkara itu, dan dia juga tidak mahu menuntut apa-apa dari Imam Ali AS. Imam Ali AS keluar dari rumah dengan rasa tawakal kepada Allah SWT. Beliau AS meminjam wang sebanyak satu dinar dengan hasrat untuk membeli makanan untuk ahli rumahnya. Dalam perjalanan pulang, beliau bertemu Miqdad ibn Aswad sedang terbaring di atas jalan pasir yang panas terik oleh bahang matahari yang membakar. Miqdad kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lalu Imam Ali AS bertanya kepadanya apa yang terjadi tetapi dia enggan menyatakan perkara yang berlaku kepada Imam Ali AS. Tetapi akhirnya dia menyatakan juga rahsia itu dan berkata: "Wahai Abul Hasan! Aku bersumpah bahawa ketika aku keluar rumah tadi, ahli rumahku berada di dalam kelaparan yang teruk. Anak-anakku kebuluran dan aku tidak sanggup menonton keadaaan mereka menangis itu. Lalu aku meningggalkan mereka, dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut."

Air mata Ali AS jatuh berguguran dan mengenai janggutnya apabila mendengar kisah tersebut. Ali AS berkata kepadanya: "Aku bersumpah bahawa aku juga mengalami keadaan yang sama seperti engkau."

Ali AS lalu menyerahkan wang yang dibawanya kepada Miqdad. Ali AS kemudian pergi ke masjid di mana pada ketika itu Nabi SAW sedang solat. Ali AS bersolat di tempat suci itu, dan selepas selesai menunaikan kewajipannya, beliau AS menemui Nabi SAW di pintu masjid. Rasulullah SAW bertanya Ali AS tentang makanan yang dia ada untuk makan malam, sama ada Nabi SAW dijemput oleh menantunya untuk makan malam.

Ali AS tunduk dan tidak berkata apa-apa. Beliau AS tidak tahu apa yang harus dikatakan. Kelihatannya Rasulullah SAW tahu tentang kisah wang satu dinar itu. Telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa hendaklah beliau SAW bersama Ali AS pada petang itu." Mengapa anda tidak berkata sesuatu?," tanya Nabi Muhammad SAW. Ali AS dengan menjawab:" Diriku di tanganmu."

Nabi Muhammad SAW memegang tangan Ali AS dan dua orang yang agung ini berjalan bersama-sama ke rumah Fatimah. Apabila sampai di sana, Fatimah baru selesai menunaikan kewajipannya (solat), dan di atas tungku ada satu periuk masakan sedang di masak dan ketika ia sedang mendidih. Fatimah kemudian keluar apabila mendengar bunyi tapak kaki ayahnya datang dan menyambut kedatangan mereka. Nabi SAW mengucapkan salam dengan lembut." Semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas kamu berdua, dan semoga kamu dapat menyediakan kami hidangan makan malam!" sambung Rasulullah SAW.

Fatimah mengambil periuk tersebut dan meletakkan di hadapan ayahnya SAW dan suaminya, Ali AS, yang terkejut dan bertanya isterinya bau makanan yang lazat di dalam periuk itu. Fatimah berkata: "Adakah anda marah dengan memandangku dengan pandangan yang demikian! Adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah menyebabkan aku layak menerima kemarahanmu!?"

Ali AS berkata: "Mengapa tidak? Semalam engkau bersumpah bahawa engkau tidak mempunyai sedikit makanan pun untuk kita hidup selama beberapa hari! Apa ertinya ini semua?"

Dengan memandang ke langit Fatimah menyambung: "Tuhanku yang berkuasa ke atas langit dan bumi akan menjadi saksi bahawa apa yang akan aku katakan ini adalah benar."

Ali AS menambah: "Wahai Fatimah! Sudikan anda menyatakan kepada kami kisah sebenarnya. Sudikan anda dengan jujur menyatakan kepada kami siapakah yang menghantar hidangan yang lazat ini yang menjadi makanan kita!"

Rasulullah SAW dengan lembut meletakkan tangannya ke atas bahu Ali AS dan berkata: "Wahai Ali! Semua ini adalah sebenarnya anugerah dari Allah SWT kerana kemurahan yang kamu tunjukkan ketika memberikan wang dinar tersebut.

"...Sesungguhnya Allah memberikan (rezeki) apa yang dikehendakiNya tanpa hisab."(Ali-Imran:37)

"Dan apabila Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrabnya, dia mendapati jmakanan di sisinya." (Ali-Imran:37)[Bihar al-Amwar, Jilid 43, hlm.59-61; Amali Tusi, Jilid 2, hlm.228-230]

Sikap Rasulullah SAW Terhadap Fatimah
Rasulullah mengaitkan Fatimah dengan dirinya SAW. Justeru Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Fatimah adalah daripadaku dan barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah." [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 111]

Ketika berpergian, Fatimah adalah orang yang paling akhir beliau SAW mengucapkan selamat tinggal, dan ketika pulang dia (Fatimah) adalah orang yang pertama yang ditemui oleh ayahnya SAW. [Bihar, Jilid 43, hlm.39-40; Ahmad bin Hanbal, Musnad, Juzuk 5, hlm.275; Al-Baihaqi, Sunan, Juzuk 1, hlm.26].

Imam Ali AS suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan keluargamu yang paling dekat denganmu? Fatimah binti Muhammad," jawab baginda SAW. [Al-Tabari, Dhakair al-Uqba; Al-Tirmidzi, Sunan. hlm.549; Al-Mustadrak, Jilid 3, hlm.21 dan 154]


Imam Ali AS Dan Fatimah
Imam Ali AS berkata: "Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah membuat Fatimah berasa bimbang dan takut di sepanjang kehidupan keluarga kami. Beliau tidak pernah marah semasa beliau hidup atau aku memaksa beliau melakukan sesuatu dengan paksaan. Beliau sentiasa taat kepadaku secara rela dan tidak pernah membuatkan aku marah. Memandang wajahnya membuatku sentiasa tertarik (bahagia) sehingga setiap perasaan marah akan hilang dalam diriku." [Bihar, Juzuk, 43, hlm.134]

Imam al-Baqir AS berkata: "Fatimah telah berjanji akan melakukan semua kerja rumah termasuklah membuat roti dan menyapu rumah mereka. Ali AS pula bersetuju untuk melakukan kerja-kerja membeli-belah (keperluan harian), dan kerja-kerja luar yang lain seperti mencari kayu api, dan sebagainya. Pada suatu hari Ali AS bertanya Fatimah sama ada masih ada makanan yang berbaki di rumah mereka. Fatimah menjawab: "Aku bersumpah dengan namaNya yang membuat kemurahan dan anugerah kepadamu bahawa sejak tiga hari kebelakangan ini kita menghadapi kekurangan makanan." Mengapakah engkau tidak menyatakan kepadaku hal ini?" tanya Ali AS. Beliau menyambung: "Rasulullah SAW telah melarangku daripada meminta-minta sesuatu daripadamu. Beliau SAW telah memerintahkan kepadaku agar jangan meminta daripadamu sebarang keperluan. Jika engkau membeli sesuatu aku hendaklah menerimanya, dan jika tidak hendaklah aku berdiam diri." [Bihar, Jilid 43, hlm.31]

Kehidupan Politik Fatimah
Kehidupan Fatimah bukan hanya melakukan tugas sebagai suri rumah tangga dan beribadat sahaja tetapi juga meliputi soal-soal politik sejak dari zaman ayahandanya Rasulullah SAW di Mekah hingga selepas wafat ayahandanya SAW. Beliau dengan gigih menyokong keras perjuangan ayahandanya Rasulullah SAW dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam yang telah dididik oleh ayahandanya Rasulullah SAW.

Pada tahun kesepuluh kerasulan, Khadijah ibu Fatimah meninggal dunia. Fatimah kehilangan ibundanya yang tercinta. Pada tahun yang sama, beliau kehilangan datuk saudaranya Abu Talib yang kuat melindungi Rasulullah SAW. Dengan kewafatan dua orang insan mulia ini, para musyirikin Quraisy mulai berani menentang dan menyakiti Rasulullah SAW secara terbuka. Sehinggakan pada suatu peringkat mereka sanggup memutuskan untuk membunuh Rasulullah SAW. Justeru, Rasulullah SAW membuat keputusan berhijrah ke Madinah. Malam itu Ali AS tidur di tempat tidur Rasulullah SAW demi untuk mengelirukan musuh-musuh Allah itu. Pada malam itu juga Fatimah menginap di rumah ayahandanya dan mengetahui semua kejadian tersebut. Fatimah bertahan pada malam itu dengan penuh perjuangan, kesabaran, dan keberanian segala kemungkinan yang akan berlaku kepada mereka.

Fatimah kemudian berhijrah ke Madinah dengan rombongan hijrah di ketuai oleh Ali AS. Dalam perjalanan ke Madinah, beberapa orang kafir mencuba untuk menghalang mereka tetapi dengan keberanian dan tekad Ali AS, maka mereka berasa takut dan membiarkan rombongan hijrah itu meninggalkan Mekah. Akhirnya setelah menempuh segala kesulitan, mereka pun sampai ke Madinah.

Fatimah turut menjadi saksi Perang Badar dan Perang Uhud. Dalam Perang Uhud, dahi, dan gigi Nabi SAW luka parah. Dan yang lebih menyedihkan ialah apabila tersebarnya berita palsu bahawa Rasulullah SAW turut terkorban. Fatimah berangkat ke Uhud untuk menyaksikan medan pertempuran, dan juga melihat ayahandanya yang dikasihi, Rasulullah SAW. Setelah perang berakhir, Fatimah menemui ayahandanya Rasulullah SAW, dan membersihkan wajah baginda dari luka-luka. Dalam peperangan ini juga, Fatimah menyaksikan datuk saudaranya Hamzah syahid di medan perang.

Selepas Rasulullah SAW wafat, Fatimah turut memperjuangkan hak Imam Ali AS sebagai khalifah yang sah dilantik oleh Rasulullah SAW dan juga tentang haknya terhadap Tanah Fadak. Fatimah tidak mengiktiraf Abu Bakar sebagai khalifah yang sah. Pada suatu ketika Abu Bakar dan Umar al-Khattab bersama rombongannya mengepung rumah Fatimah dengan tujuan mendesak ahli rumah rumah memberikan bai'ah kepada Abu Bakar. Malahan Rombongan tersebut mengugut akan membakar rumah tersebut. Seseorang bertanya Umar: "Wahai ayah Hafsah (Umar al-Khattab), sesungguhnya Fatimah ada di dalam," dan Umar menjawab,: "Wa in (sekalipun)"[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siyasah, Jilid I, hlm.12-13].

Fatimah kemudian keluar dari pintu dari berkata lantang: "Hai, Abu Bakar, Alangkah cepatnya anda menyerang keluaga Rasul. Demi Allah, saya tidak akan bercakap dengan Umar sampai saya menemui Allah...Kamu semua telah membiarkan jenazah Rasulullah SAW bersama kami, dan kamu semua telah mengambil keputusan antara kamu sendiri tanpa bermesyuarat dengan kami dan tanpa menghormati hak-hak kami. Demi Allah, aku katakan, keluarlah kamu semua dari sini dengan segera! Jika tidak dengan rambutku yang kusut ini, aku akan meminta keputusan dari Allah!" [Ibn Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, Jilid VI, hlm.48-49]

Fatimah menganggap Tanah Fadak sebagai miliknya yang sah kerana ia telah diberikan oleh Rasulullah SAW ketika baginda SAW masih hidup. Tanah Fadak terletak dekat dengan Khaibar dan di situ terdapat kebun kurma. Ia kemudian diserahkan oleh Bani Nadir kepada Rasulullah SAW iaitu selepas peristiwa Perang Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Kemudian Rasulullah SAW menghadiahkan tanah tersebut kepada Fatimah [riwayat dari Abu Sai'd al-Khudri - sila lihat Fada'il Khamsah fi al-Sihah al-Sittah, Jilid 3, hlm.36] iaitu apabila turunnya ayat Qur'an yang bermaksud," Apa sahaja harta rampasan (fa'i) yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang-orang yang dalam perjalanan supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya." (59:7) .

Fatimah menuntut Tanah Fadak dari Abu Bakar tetapi Abu Bakar menolaknya. Fatimah lalu menemui Abu Bakar dan terjadilah perdebatan di antara mereka berdua: Al-Jauhari meriwayatkan bahawa ketika sampai berita kepada Fatimah bahawa Abu Bakar menolak haknya ke atas Tanah Fadak, maka Fatimah dengan disertai para pembantu wanitanya dan para wanita Bani Hasyim pergi menemui Abu Bakar. Fatimah berjalan dengan langkah seperti langkah Rasul. Ia lalu memasuki majlis yang dihadiri Abu Bakar, dan penuh dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Fatimah membentangkan kain tirai antara dia dan kaum wanita yang menemaninya di satu sisi,dan majlis yang terdiri dari kaum lelaki di sisi yang lain. Ia masuk sambil menangis tersedu, dan seluruh hadirin turut menangis. Maka gemparlah pertemuan itu. Setelah suasana kembali tenang, Fatimah pun berbicara: "Saya memulai dengan memuji Allah Yang Patut Dipuji. Segala Puji bagi Allah atas segala nikmatNya, dan terhadap apa yang diberikanNya..." dan setelah mengucapkan khutbahnya yang sungguh indah, ia lalu berkata: "Apabila anda mati, wahai Abu Bakar, siapakah yang akan menerima warisan anda?"
Abu Bakar: "Anakku dan keluargaku."
Fatimah: "Mengapa maka anda mengambil warisan Rasul yang menjadi hak anak dan keluarga beliau?"
Abu Bakar: "Saya tidak berbuat begitu, wahai putri Rasul."
Fatimah:" Tetapi anda mengambil Fadak, hak Rasulullah yang telah beliau berikan kepada saya semasa beliau masih hidup....Apakah anda dengan sengaja meninggalkan Kitabullah dan membelakanginya serta mengabaikan firman Allah yang mengatakan, "Sulaiman mewarisi dari Daud" (Al-Naml: 16), dan ketika Allah mengisahkan tentang Zakaria serta firman Allah, Dan keluarga sedarah lebih berhak waris mewarisi menurut Kitabullah?(Al-Ahzab:6) Dan Allah berwasiat, "Bahawa anak lelakimu mendapat warisan seperti dua anak perempuan" (Al-Nisa:11) dan firman Allah," Diwajibkan atas kamu apabila salah seorang daripada kamu akan meninggal dunia, jika ia meninggalkan harta, bahawa ia membuat wasiat bagi kedua orang tua dan keluarganya dengan cara yang baik, itu adalah kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah: 80). Apakah Allah mengkhususkan ayat-ayat tersebut kepada anda dan mengecualikan ayahku daripadanya? Apakah anda lebih mengetahui ayat-ayat yang khusus dan umum, lebih daripada ayahku dan anak bapa saudaraku (Ali AS) Apakah anda menganggap bahawa ayahku berlainan agama dariku, dan lantaran itu maka aku tidak berhak menerima warisan?" [Ibn Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, Jilid XVI, hlm.249]

Ibn Qutaibah meriwayatkan pertemuan yang mungkin terakhir di antara Fatimah dan Abu Bakar seperti berikut: "Umar bin Khattab berkata kepada Abu Bakar:" Marilah kita pergi kepada Fatimah, sesungguhnya kita telah menyakiti hatinya." Maka keduanya pun pergi ke rumah Fatimah, dan Fatimah tidak mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka lalu memohon kepada Ali bin Abi Talib, lalu Ali AS memperkenankan mereka masuk ke dalam.

"Tatkala keduanya duduk dekat Fatimah, Fatimah memalingkan wajahnya ke arah dinding rumah. Salam Abu Bakar dan Umar tidak dijawabnya.
Fatimah kemudian berkata:" Apakah anda boleh mendengar apabila saya katakan kepada anda suatu perkataan yang berasal dari Rasulullah SAW yang anda kenal dan anda telah bertemu beliau SAW?"
Keduanya menjawab: " Ya."
Kemudian Fatimah berkata:" Apakah anda tidak mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Keredhaan Fatimah adalah keredhaan saya, dan kemurkaan Fatimah adalah kemurkaan saya. Barang siapa mencintai Fatimah, anakku, bererti ia mencintaiku, dan barang siapa membuat Fatimah murka, bererti ia membuat aku murka."
Mereka berdua menjawab:" Ya, kami telah mendengarnya dari Rasulullah SAW.
Fatimah berkata: "Aku bersaksi kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, sesungguhnya kamu berdua telah membuat aku marah, dan kamu berdua tidak membuat aku redha. Seandainya aku bertemu Nabi SAW, aku akan mengadu kepada beliau SAW tentang kamu berdua.
Abu Bakar berkata: "Sesungguhnya saya berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan dari kemurkaan anda, wahai Fatimah." Kemudian Abu Bakar menangis, hampir-hampir jiwanya menjadi goncang.
Fatimah lalu berkata:" Demi Allah, selalu saya akan mendoakan keburukan terhadap anda dalam setiap solat saya." Kemudian Abu Bakar keluar sambil menangis....[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siasah, Bab Bagaimana Bai'at Ali bin Abi Talib; O.Hashem, Saqifah Awal Perselisihan Ummat, hlm.100-101]

Kewafatan Fatimah
Selepas peristiwa itu, Fatimah akhirnya tidak bercakap lagi dengan keduanya sehingga beliau wafat iaitu kira-kira enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW [sila lihat Sahih Bukhari Jilid VI, hlm. 196].

Di sepanjang tempoh tersebut, Fatimah sering menziarahi makam Rasulullah SAW dengan air mata bercucuran mengenangkan sikap para sahabat Nabi SAW terhadapnya selepas Rasulullah SAW tiada lagi di sisi mereka. Beliau sering juga menziarahi kuburan para syuhada di luar kota Madinah. Ada di kalangan orang yang tidak suka Fatimah menangis sedemikian rupa. Ada yang rasa terganggu dengan tangisan Fatimah. Imam Ali AS kemudian membina sebuah rumah kecil di kawasan Perkuburan Baqi' untuk kemudahan Fatimah. Fatimah sering membawa anak-anaknya Hasan dan Husain ke rumah tersebut bagi meluahkan rasa kesedihan sehinggalah menjelang senja. Rumah kecil itu dipanggil Bayt al-Ahzan (Rumah Kesedihan). Imam Ali AS sering pergi ke rumah itu bagi mengiringi Fatimah pulang ke rumah. [Bihar, Juzuk 43, hlm.177-178]

Pada hakikatnya, khabar tentang kewafatan Fatimah telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda SAW sakit. Riwayat al-Bukhari dari Aisyah: " Nabi SAW memanggil Fatimah ketika baginda SAW sedang sakit kuat, dan menyatakan suatu rahsia yang membuatkan Fatimah menangis. Kemudian baginda SAW menyatakan sesuatu kepada Fatimah yang menyebabkan beliau tertawa. Apabila aku (Aisyah) bertanya kepadanya, beliau berkata bahawa Nabi SAW menyatakan kepadanya suatu rahsia tentang sakit yang dialami akan membawa kepada kewafatan baginda SAW, lantaran itu aku (Fatimah) menangis. Beliau SAW kemudian menyatakan kepadanya bahawa beliau adalah seorang dari keluarganya yang mula-mula menemuinya selepas beliau SAW wafat (Fatimah akan menyusuli (wafat) selepas Rasulullah SAW wafat), lalu, aku tertawa [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 62]

Ketika ajalnya hampir tiba, Fatimah memanggil Ali AS dan berkata: "Wahai putera pamanku, aku berasa ajalku semakin hampir. Tidak lama lagi aku akan menyusul ayahku. Dengarkanlah wasiat terakhirku yang sudah lamaku simpan dalam hati.

Mendengar kata-kata isterinya itu dalam nada tersekat-sekat, Imam Ali AS meminta semua orang yang tidak berkepentingan keluar. Kemudian ia menjawab: "Katakanlah segala wasiatmu wahai puteri Rasulullah..."
Fatimah berkata: "Wahai puteri pamanku, sejak engkau bergaul denganku, apakah engkau pernah melihat aku berdusta, atau tidak mengikut kemahuanmu? Sudah tentu pertanyaan aneh ini cukup membingungkan Ali AS dalam suasana sedih sebegitu. Tetapi Ali segera dapat menguasai dirinya, kemudian menyahut:" Na'udzu billah, engkau lebih mengerti, engkau lebih bersih, lebih bertaqwa, lebih mulia, dan lebih takut kepada Allah. Seandainya engkau pernah tidak menuruti kehendakku, sama sekali aku tidak menyesali dirimu. Aku berasa sangat berat berpisah dan kehilangan dirimu, tetapi itu suatu hal yang tidak mungkin. Demi Allah, musibah baru akan menimpa diriku lagi sesudah Rasulullah SAW wafat. Sungguh berat rasanya aku akan kau tinggalkan....Inna lillahi wa-ina ilaihi raji'un...! Demi Allah, tidak ada musibah yang lebih berat dari ini, dan tidak ada cubaan yang lebih keras dari ini..."

Di antara wasiat Fatimah kepada Imam Ali AS ialah meminta Imam Ali AS menguburkan jenazahnya pada malam hari dan tidak mengizinkan orang-orang yang menzaliminya menyaksikan majlis pemakamannya, dan juga tidak mengizinkan mereka mengadakan solat jenazah ke atasnya. Pada malam ketiga Jamadil Akhir tahun ke-11 Hijrah, Imam Ali AS dan sebilangan kecil dari keluarga dan syiahnya yang setia menyempurnakan jenazah Fatimah. Di antara mereka adalah Ali, Hasan, Husain, Zainab, Umi Kalthum, Aqil, Abu Dzar, Ammar, Miqdad dan Salman al-Farisi.

Ketika Imam Ali AS mengadu kepada Rasulullah SAW di permakaman baginda SAW tentang kewafatan Fatimah, beliau berkata: "Wahai Nabi Allah, salam ke atasmu dariku dan dari puterimu yang kembali kepadamu dan tersangat cepatnya ia kembali kepadamu. Wahai Nabi Allah, kesabaranku tentang buah hatimu (puterimu Fatimah) telah semakin lelah, dan kekuatanku menghadapinya semakin lemah, kecuali aku telah mengalami kesedihan ketika berpisah denganmu dulu. Aku letakkan dirimu ke dalam kuburmu selepas nafasmu yang terakhir di antara leher dan dadaku. Firman Allah SWT, yang bermaksud: "...Sesungguhnya kita dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali."(Qur'an 2:156)

Kini, apa yang telah engkau amanahkan kepadaku (Fatimah) dan apa yang telah diberikan telah diambil kembali. Kesedihanku sudah tidak bertepi lagi, dan malam-malamku semakin suram tanpa tidur sehingga Allah memilihkanku sebuah rumah yang ketika ini engkau diami.

Sesungguhnya, puterimu pasti akan mengadu kepadamu tentang ummatmu yang menzaliminya. Engkau tanyalah kepadanya dan pasti akan mendapat tahu tentang perkara tersebut. Semua ini berlaku ketika masa belum berlaku panjang dan ingatanmu belum lagi hilang. Salamku ke atas kamu berdua...."[Nahjul Balaghah, Khutbah nombor 201]




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Selasa, 19 April 2011

(..................)



PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~ buat mujahid dan mujahidahku..


semoga bakal mujahid dan mujahidahku mampu untuk menjadi hamba cinta NYA.. rindu syahid di jalanMU.. akanku "laburkan" mujahid dan mujahidahku untuk agama MU, ya ALLAH.. sebagai pelaburan yang paling menguntungkanku di akhirat nanti.. saham yang tidak nampak pada mata kasar.. tp amat berharga di akhirat nanti.. subhanallah.. supaya mujahid dan mujahidahku menjadi lebih baik dariku..  lebih baik.. lebih baik.. AMIN..                      
ya ALLAH.. ya ALLAH.. dengarlah rintihan hati kecilku ini..................................................


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

YA ALLAH..

ya ALLAH..
hati ini merintih..
mendambakan cinta MU...
sepi.. sepi..sepi...

ya ALLAH..
sesungguhnya aku mengetahui,,.
sifatMu yang Maha Mengasihi,,
melebihi kasih seluruh makhluk..

ya ALLAH..
isikanlah kekosongan hati ini dengan cinta-cintaMU..
hanya dengan cinta MU..
hanya dengan cinta MU..

~ pendamba cintaMU~


bentuklah akhlak ku sepertimana acuan kalam Mu... akhlak yang semakin merudum setiap hari.. astaghfirullah =(


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jumaat, 15 April 2011

++ PURDAH ++


Pendapat pertama:

Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga.

Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini,Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:

“Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata:“Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata:“Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata:“Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata:“Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata:“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sabtu, 9 April 2011

~saya rindu dia...~

sekarang nie, nenek hamba tidak lagi sihat seperti dulu. hati menjadi sebak + sedih apabila mengenangkan masa-masa lalu hamba bersama nenek hamba tersayang..
mek, kak nak ingat balik masa kak mula tinggal dengan mek dulu. umie kata, mek mula jaga kak masa kak umur 1 tahun.,, betul ke mek?


mek ingat tak...


masa kak kecil dulu, kak suka menangis pastu kak suruh mek buatkan kak susu. maklumlah, kecil lagi masa tu. lepas tu, tiap2 pagi mek akan kejutkan kak dengan abe selepas mek balik dari madrasah dengan ayoh. heheee.. sebab nak suruh pergi sekolah. maklumlah, kak kecil lagi masa tu, mek.. kalau mek tak kejut, mesti tak tak pergi sekolah kak. tiap2 pagi mek wt sarapan.. makan dulu sebelom pegi sekolah., kalau tak, ayoh marah. pastu, bekal plak,, isk2..


mek ingat tak..


masa kak kecik dulu2, kak selalu jea ikut mek pegi madrasah. abe ikut ayoh. kita jalan sama-sama,kn? abe naik motor dengan ayoh. kita selalu kena tinggal,kan? abe mesti sampai awal daripada kak. bila sampai madasah, bukan main lagi kak hamparkan sejadah.. tapi, tup2 kak tido je atas sejadah tu, penat sgt main petang2 dengan kawan-kawan dekat2 kawasan rumah mek tu. masa tu kak kecik lagi. bila kak duduk je belakang madrasah tu sorang2, mak cik-makcik selalu je tanya anak sape nie? kak jawab cucu mek. hehehe.. kak tak tahu nak jawab.. kecik lagi masa tu..


mek ingat tak,...


masa kak kecik2, kalau kak tengah syok2 tengok tv, mek tarik telinga, suuh kak mengaji.. dah le kak suka pakai baju gaun, skirt pendek.. mek suuh kak tutup lutut dengan kain sarung mek,.. pastu pakai tudung.. mek ajar kak ngaji.. sambil ngaji tu, nangis2, sebab mek paksa kak ngaji.. kak tengah seronok tengok kartun time tu.. tapi mek, alhamdulillah, bila kak pegi sekolah, kak dapat baca al quraan dengan baik. masa kak sekolah rendah, kak selalu dapat keputusan AG (agama) paling tinggi dalam kelas. alhamdulillah, berkat tarik telinga mek.. =)






mek ingat tak.,..


kalau kak balik dari main ngn kawan2 lewat sikit, mek mesti kunci pintu. tak bagi kak masuk rumah.,selalunya, abe pn kene skali, takot sgt,,. dsh le time2 maghrib plak tu.. tapi, lepas tu kak tak berani buat lagi.. kak tak nak duk luar.. mek marah sebab mek nak pegi madrasah. maaf mek.. dh banyak kali jugak kan kak wt g2? maaf, kak nakal..


mek ingat tak,...


kalau kak nak exam, mek akan asahkan pensil-pensil kak.. ayoh la tu suruh.. kn mek? ayoh sokmo g2,kn mek? hehee.. bekeng!  tapi, selalunya, malam sebelom exam, ayoh akan ajak kita semua solat hajat berjemaah,kan? bila nak exam, pagi2 lagi, sebelom pegi sekolah, mek akan suruh minum air solat hajat yang mek buatkan untuk kak ngn abe,kn? teima kasih, mek.. berkat air mek........................


mek ingat tak....


mek sokmo bawak kak ngn abe pegi KL,... tiap2 taun kalau kak tak silap,.. kak cik, ima, sarah, asmaa, adik,.. sume jelez, mek... maklum lah,,.. umie tak bawak... umie dengan abah keje.,, busy,,...


mek ingat tak...


kak balik dari Qiraati, kak cerita kt mek yang kawan kak ada yang pakai gelang yang ada macam2 kt gelang die tu,.. pastu.. masa kak balik beberapa hari selepas tu, umie bgtau kak yang mek belikan kak gelang yang kak suka tu.. kak tak percaya.. tapi memang betol,, mek beli...!epi sgt2.. tapi, kak bleh pakai masa hari raya jer,kan? tapi sekarang, kak pakai sokmo2, tengok gelang, mesti ingat mek..  masa kak dapat result UPSR, ayoh suruh mek pegi dengan kak ke kedai emas, kita beli cincin,kan? kak pilih cincin tu.. mek ikut jer..


mek ingat tak,...


masa kak nak buat pilihan untuk masuk sekolah menegah, sama ada Ahmad Maher atau maahad, mek tak ada kata apa2, tapi kak tahu mek suka kak belajar agama,kn? hari pertama kak pakai baju sekolah dengan tudung labuh + kain sekolah warna purple. kawan-kawan kak kebanyakan pakai kain warna biru.. tapi mek suka tengok kak pakai tudung labuh,kan?


mek ingat tak...


masa kak sekolah menengah, kak sokmo suruh mek kejut kak awal, nak study lah niat nyer,, tp...........hehee.. mek kejut awal sgt.. kul 4pagi.. mek ketuk bilik kak kuat2 plak tu.. huhu! kak selalu tengok mek bangun solat malam.. kadang2, kak terjaga tengah2 malam, kak denga sayup2 suara mek mengaji.. bagus tol mek... nak kawan ngn mek ah... ajar kak banyak perkara, hal2 dunia, agama,...


mek ingat tak....


mek suka sgt tengok cucu2 mek solat... mek perhati jer sambil2 baca quraan... betol ke tak apa yang kami semua buat.. rukuk, sujud.. pastu, bila dah siap solat, mek akan tegur dan bgtau yang mana yang salah.. alhamdulillah, kami semua dpt perbaiki solat kami.. bila kak dah masuk sekolah menengah, mek dah mula percaya yang kak dah boleh baca quraan sendiri. mek tak pernah tanya kak, sama ada kak dah baca quraan atau belom, macam kak sekolah rendah dulu2.. kak rindu nak denga mek tanya, mungkin sebab mek yakin yang kak dah belajar kt sekolah yea, mek? xsama la dengan mek ajar.. sebab tu, kak sokmo mintak dengan mek sbb nak ngaji dgn mek.. bila kak baca jer, mek tahu kt mana kak salah baca walupun tanpa tengok al quraan... mek dah ingat ckit2,kn? kak paling kagum dengan mek, mek tak penah lekang dengan al quraan.. kadang2, bila bulan puasa, 2-3 kali mek khatam,kan? kak tak sampai lagi macam mek..


mek ingat tak....


mek suka ajak kak pegi dengar orang bagi ceramah kt rumah ustazah, dekat je ngn umah kte,kn mek? kak boring sgt masa org ngh bagi ceramah tu,.. paling kak suka, bila abih je org bagi ceramah, ada jamuan.. besh cgt makan... hehehe..


mek ingat tak...


mek penah tanya kak... "kak, seribu tu, tulis macam nie ke?" kak iyeakan je.. kak tanya mek, apa yang banyak sgt nie, mek? penuh sampul surat tu mek tulis angka seribu... mek kata, bila mek cukup berzikir seibu, mek akan tanda,, subhanallah,,.. mek, mek...... walupun mek tak pandai tulis, tapi mek usaha untuk tulis seribu tu,kn? kadang-kadang mek suruh kak tulis. comey tengok mek pegang pensil.. hehheee..


mek ingat tak,...


bila kak dapat result SPM., mek belikan kak gelang..rupa-rupanya kak pernah mintak gelang cm2 dulu kt mek.. sebb kak suka tengok org pakai. kak suh letak loceng skali, tapi, mek tak bagi.. mek kata, xbaik.. nanti kita panggil syaitan datang dekat ngn kita =(


mek ingat tak....


mek pernah pesan kt kak.. kak kene cari suami yang beriman, baru keturunan jadi baik2... masa tu kak rasa mcm nak tergelak jea.. kak baru jea umur 18 tahun masa tu,.. mek pesan kt kak cm kak nie dah nak kawin.. masa tu, kak ingat lagi,.. kak baru masuk maktab.. mungkin mek takot kak cari suami yang tak beiman yea?? i'ALLAH.., mek.. mek doakan kak, yea.. 


stakat nie, nie je yang kak ingat.. banyak lagi kisah2 nakal kak, kan mek..?? hehee.. maaf yea mek.. apa2 pun, KAK SAYANG MEK SANGAT2.. semoga mek cepat sembuh, mek tunggu kak balik cuti nanti yea? kita borak panjang2.. tadi kak telefon umie, tanya pasal mek.. alhamdulillah, mek makin sihat ckit bila cucu2 mek pegi umah mek,kan? mek rindu kak lah tu....,kn?kn? umie kata, walaupun mek sakit, mek bangun solat malam yea? kuat nye mek... semoga kak mampu jadi macam mek.. kalau bangun tahajjud tu, mek doakan kak tau..






selamat malam mek... mek tidur lena2 yea.. kak rindu mek sangat.. 

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers