Ahad, 30 Oktober 2011

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

·    Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. ·    Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. ·    Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

·    Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. ·    Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

·    Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. ·    Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. ·    Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

·    Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. ·     Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku." 


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W



Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

·    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. ·    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. ·    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. ·    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. ·    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

·    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. ·    Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. ·    Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. ·    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. ·    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. ·    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

·    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya." 


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Ahad, 16 Oktober 2011

~_ _ _ _~ أحبك جدي

bismillahirrahmanirrahim..


esok exam UAK.. musim exam bermula semester ini. namun, hati ini masih leka dengan indu padanya.. kak rindu ayoh sangat2. baru lepas kol ayoh tadi. sayu sangat dengar suara ayoh. sape yang jaga makan minum ayoh kt rumah? ada tak oang yang nak ambil tahu sakit demam ayoh? prihatin dengan keadaan ayoh? kak balik minggu nie, ayoh. nanti kak nak beli makanan untuk ayoh.. ayoh suka biskut yang ada cream kn? ok2.. nanti kak beli.. kak buat tomyam yang pedas2 untuk ayoh,ok? sekarang ni, ayoh makanlah dulu sayur air yang sarah buat tu.. kak nak jaga ayoh baik2, macam ayoh jaga kak sampai kak boleh berjaya sampai tahap ni. didikan agama yang ayoh bagi kat kak dan abe amat baik walaupun kak tak berapa rapat dengan ayoh masa sekolah endah dan menengah.. mungkin didikan ayoh itulah yang membentuk diri kak sekarang...



ya Allah..
berikanlah kesihatan yang baik untuk datukku yang tersayang, CHE SOH BIN CHE MUDA,
semoga beliau mampu untuk melangkah ke rumahMu, meniti usianya.....
semoga beliau ya Allah, mampu menambah amalannya seiring peningkatan usianya...

ya Allah...
pinjamkanlah kami ruang waktu untuk bersama buat seketika di dunia ini, walaupun tanpa Mek disisi..
anugerahkan kami tautan hati yang sentiasa riang bermelodikan iman dan takwa.. semoga kasih sayang kami di redhoiMu...

ya Allah..
berikan aku kekuatan untuk membahagiakan datukku semampuku..
bantu aku, ya Allah,.. bantulah aku..................................
aku sayang dia sangat-sangat....

AMIN.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers