Khamis, 21 Julai 2011

saya CINTAKAN abang, tapi saya SAYANGKAN mak saya...

بسم الله الرحمن الرحيم


baru-baru ini hamba telah berkunjung ke sebuah sekolah agama untuk Bina Insan Guru semester 4.subhanallah.. bi'ah yang hebat. teringat hamba ketika masih di bangku sekolah menengah. terleka di waktu remaja . astaghfirullah. semoga diampunkan ALLAH segala dosa-dosa yang lalu.


ketika majlis penutupan, mudir sekolah tersebut sempat menyelitkan tazkirah ringkas kepada kami semua. amat bermakna.


"suatu hari nanti antum semua akan mendirikan rumah tangga, bukan?  apa yang anda akan rasakan jika isteri anda memberitahu anda... saya CINTAKAN abang, tapi saya SAYANGKAN mak saya.."apa perasaan anda? "


suatu persoalan yang membuatkan hamba merenung ayat tersebut sedalam-dalamnya...
mudir tersebut menyambung lagi kata-katanya.........


" perkara ini sama juga seperti antum katakan bahawasanya saya CINTAKAN akhirat  tapi saya SAYANGKAN dunia.. orang-orang zaman sekarang, berlumba-lumba untuk dapatkan dunia.. "





terkedu hamba. adakah hamba tergolong dalam golongan ini, ya ALLAH?

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 ulasan:

Catat Ulasan

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers