Selasa, 15 Januari 2013

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah,,,
masih diberi peluang untuk terus meneruskan perjalanan di muka bumi Allah dengan nikmat2 Allah yang tidak pernah putus...

semester ini aku dibebankan dengan praktikum,,, dan kajian tindakan yang perlu aku selesaikan..

semoga segalanya dipermudahkan...

pada tahun ini juga aku telah membuat keputusan yang amat besar dan bermakna dalam hidup aku,
aku telah menerima seorang insan di dalam hidupku,, untuk aku jadikan pemimpinku..

i'Allah.. pilihan Allah adalah yang terbaik buat aku..
alhamdulillah,, dipermudahkan kami untuk bersatu.. hubungan ini direstui oleh kedua-dua belah pihak.. semoga restu ini dapat membawa barakah dalam hubungan yang bakal sah ini.. amin. amin. amin.

aku sekarang sibuk membaca bahan bacaan tentang ilmu rumah tangga, minta nasihat para pensyarah tentang kehidupan rumah tangga agar aku lebih bersedia dengan pelbagai situasi yang bakal aku tempuhi nanti.. semoga pemimpinku sentiasa disisiku.. sebab aku sangat bimbang jika aku tidak mampu menempuhi semua ini... 

tapi.. aku yakin... 

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”
(al-baqarah: 286)

jangan banyak bertanya kenapa macam tu? knapa macam nie??

tapi.... kena berfikir... apa hikmah disebalik semua nie??

ok.. 

ya Allah.. berkatilah hubungan ini.. amin.. amin, amin,




Selasa, 1 Mei 2012

- kenangan Sekolah Kebangsaan Taman Rakan 2012-

~ FF08 ~
bismillahirrahmanirrahim...
saat rindu kepada anak murid datang kembali =(

ini hasil kerja murid2 saya yg sangat comel..






















Selasa, 17 April 2012

aku harus kuat..,,

"malam nie ada darul syifaa'.. awk pergi tak?" teriak seorang kawan serumahku... sayup2 kedengaran suaranya dari bawah. aku sedang membasuh kain yang makin memenuhi baldi kecil aku. 
"ya Allah... lupa!"



aku terlupa malam ni ada kuliah darul syifaa'... aku menagguhkan projek aku untuk membasuh kain. aku keluar dari bilik mandi. terus kol teksi. alhamdulillah, pak cik Hanif pemandu teksi yang setia untuk rumah kami free untuk hantar aku ke maktab.

hmm.. alhamdulillah, aku nekad untuk pergi darul syifaa'. risau dan bimbang juga aku. ini merupakan kali pertama bagi aku keluar malam seorang diri. aku terpaksa. namun aku gagahi jua kaki dan hatiku... aku belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai kenderaan seperti kawan-kawan yang lain. mungkin ada perancangan yang lebih baik dari Allah buatku.

aku sampai maktab lebih kurang pukul 8.30 malam. setelah sampai di maktab, aku menuju ke masjid untuk menunaikan solat isyak sebelum ke kuliah. kedengaran sayup2 suara penceramah yang petah menyampaikan syrahan hadis.. sudah lama aku tidak mendengar ceramahnya sejak aku tinggal di rumah sewa. 

ketika di dalam kuliah, banyak pula cerita pelik yang ustaz ceritakan. huh! doh le aku balik naik teksi sorang2 malam tu,,.. hadoi.... Allah jea tahu peasaan aku!!!!!!!!!!!! rasa nak jerit sorang2... ya Allah.. time tu lah aku niat betul2, semoga kehadiran aku tidak sia2 disisi Allah,.. memang terasa pengorbanan untuk belajar bila berada dalam keadaan susah. 

ketika kuliah masih berjalan, aku masih sibuk menelefon pak cik teksi. malangnya pak cik hanif habis kerja awal malam ini. hmmm... pak cik mana lah yang boleh percaya malam2 macam nie,,..????? ya Allah... aku sorang2 pulak tu....



aku meminta no telefon dengan seorang rakan dan kami pernah naik dengan pak cik nie waktu siang. alhamdulillah. pak cik boleh amik aku kat maktab. bila keluar dari kuliah, semua pelajar terus balik hanya tinggal aku dan beberapa orang pelajar lagi yang baru keluar dewan. suasana maktab gelap sangat,,, huhh.,,, rasa nak jerit sorang2... alhamdulillah pak cik datang awal,, 

"sorang jea?" tanya pak cik teksi tersebut.
"ha'aa" jawab aku. dalam hati nie, risau dan bimbang yang teramat sangat. TAWAKKAL aku cukup tinggi time tu. hanya pada Allah aku berserah. kalau apa2 belaku kat aku, xda sapa2 yang tahu. ya ALLAH......



jalan untuk ke rumah aku ada dua.. satu jalan ikut kilang dan satu lagi jalan ikut laluan biasa digunakan oleh orang ramai.

"eh, pak cik silap lalu sini pulak...." kata pak cik teksi setelah melalui jalan kilang. gelap. sunyi. tak da sapa2. 

terdiam aku seketika. zikir tak henti2. macam2 andaian aku. teingat macam2 cerita dalam paper tentang pemandu teksi. ya ALLAH..........................................................................................................

tak boleh nak gambarkan perasaan aku time tu......

TAKUT.
BIMBANG.
TAWAKKAL.
FIKIR BUKAN2.
MACAM2 ANDAIAN.

banyak btul yang bemain difikiran dan perasaan.. ya Allah...


alhamdulillah.. akhirnya sampai ke rumah. 
"ya Allah,, peluklah aku dengan rahmat dan kasih sayang-MU.. aku mengadu pada manusia, namun mereka semua tak ada apa2,.. mereka tak faham. tak sama macam KAU faham perasaan aku.. hanya pada-,MU aku berserah.."

"jangan tinggalkan aku sorang2, ya Allah.. aku takut... jangan tinggalkan aku... jangan tinggalkan aku...."


Ahad, 26 Februari 2012

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. aku masih dipelihara oleh Allah dalam iman dan islam..
namun iman.. kadangkala menaik dan menurun.. itu adalah sunnatullah bagi setiap makhluk yang bernama manusia.. seperti juga aku..

merefleksi diri yang masih terkontang-kanting memerlukan-Nya.. dalam setiap nafasku... ya Allah.. berikan kekuatan buatku....




I.M.A.N
hmmm...
dimanakah aku disisimu, ya Allah....
ujian yang engkau berikan padaku hanya sedikit sekali yang aku dapat tempuhi.. belum sampai tahap iman yang sebegitu, ya Allah...

ampunkan aku..
ampunkan aku..
ampunkan aku...

~hamba yang sentiasa berdosa~
~ FF08 ~

Sabtu, 11 Februari 2012

perlunya aku kepada Allah....

bismillahirrahmanirrahim..

kadangkala kita katakan pada seseorang,.....
"saya perlukan awak.."
"saya butuhkan awak.."


sedarkah kita.......

kita sebenarnya perlukan Allah...
kita tak perlukan makhluk...
setakat mana makhluk itu mampu untuk memenuhi keperluan kita?
sama tak macam Allah??

sedarlah wahai diri hamba yang sentiasa melakukan dosa atau kesalahan.........
mulut kita hanya menyatakan kebutuhan kita kepada makhluk, sedangkan... seketul daging di dalam jasad kita ini sangat perlukan Allah... sangat2 perlukan Allah... setelah kita kembalikan kepeluan itu kepada Allah, kita akan seda, hanya kepada Allah kita perlu kembali.. dalam apa jua keadaan.....

tika sedih...
tika kecewa..
tika tertekan..
tika hampa..

huh!
inilah dunia...
"haza al dunnya"..
kullu faqirr..


ya Allah.. aku sentiasa perlukan KAU...
"_"

~ FF08 ~

Jumaat, 10 Februari 2012

tanda - tanda cinta kepada Allah (*_*)

Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.

Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,  tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.  Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.  Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.  Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.  Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:  iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."
Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,  tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.  Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,

"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."


~ FF08 ~

DOSA YANG LEBIH BESAR DARIPADA BERZINA??



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
“Silakan masuk”
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik..
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina”.
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan,
“Dari perzinaan itu saya pun… hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
“Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..
Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?”
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“! Ada!” jawab Jibril dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa.
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina”.
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.


~ FF08 ~

~ beRsyuKurLah

~ tik tok tik tok ~

Daisypath Anniversary tickers